MUSIC ZONE ! ASSALAMUALAIKUM !








Friday, March 25, 2011

Mata Hatimu


Am. Kenapa Am sayang Wawa?”, tanya Hawa kepada Adam. Adam yang sedang leka mencampak beberapa cubit roti kepada kawanan angsa didalam tasik itu terdiam mendengar soalan Hawa.
Adam merenung dalam wajah lembut wanita yang dicintainya itu.Satu-satunya wanita yang bertakhta dihati lelakinya sejak 4tahun lepas. Dalam diam , dia menganalisis wajah Hawa.
Wanita ini bertudung litup dan sentiasa mengenakan pakaian yang sopan dan kelihatan manis. Hidung yang mancung, bibir yang merah merekah, senyuman itu..ah ! Senyuman yang seringkali bermain dimindanya. Pipi yang mulus, kulitnya yang licin dan cerah, alis mata yang lentik dan yang melengkapkan keindahan anugerah ciptaan Tuhan itu ialah sepasang mata redup yang sentiasa memberikan ketenangan hati kepada sesiapa yang bertentang mata dengan Hawa. Termasuk Adam sendiri.
Tetapi sayang, mata itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna seperti matanya. Hawanya itu kehilangan deria penglihatan semasa berusia 5tahun lagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, malah Hawa juga kehilangan kakak kembarnya, Hani dan ayahnya. Sekarang hanya mama Hawa, Puan Safura dan abangnya, Halim, tempat Hawa bergantung hidup dan mengadu nasib. Adam bersyukur kerana diberi peluang merasai cinta Hawa sekaligus membantu Hawa memiliki ‘mata’ bagi menjalani kehidupan
sehariannya.
            “Am? Am okey ke? Maaf kalau pertanyaan Wawa menggores hati Am.  Lupakan sajalah pertanyaan  Wawa tadi.”
             Lamunan Adam mati. Tersenyum dia mendengar tutur kata Hawa itu. Hawa sentiasa pandai menjaga hatinya . Tidak sekalipun Hawa pernah menyakiti hatinya walaupun Adam tahu yang perilakunya seringkali tidak disukai Hawa. Contohnya seperti hobi Adam iaitu berlumba kereta di trek.
            “Wawa. Am sayang Wawa sebab Am tahu yang hati Am tak pernah tipu Am. Hati Am sentiasa memberitahu Am yang Wawalah cinta pertama dan terakhir Am sejak pertama kali pandangan  kita bertaut lagi.Perasaan Am dekat Wawa sama seperti perasaan Wawa dekat Am sekarang.  Tapi, lebih sikit kot. Hehe.”, akhirnya Adam bersuara dengan penuh yakin kepada Hawa.
            Adam mencuit hidung Hawa lalu meraih lembut tangan Hawa. Hawa yang sedang tunduk memandang lantai terpana sebentar dengan perlakuan romantis Adam.
            “Tapi. Hawa tak sempurna seperti kawan perempuan Adam yang lain. Diaorang boleh bercakap dan merenung mata Am pada masa yang sama. Wawa tak boleh buat semua tu. Am tak menyesal ke pilih perempuan buta macam Wawa ni?”
            “Shhh… Apa yang Wawa cakap ni? Am tak pandang semua tu. Am pandang mata hati Wawa dan cinta Wawa kat Am. Wawa sempurna dimata Am dan Am menerima Wawa seadanya. Yang penting keikhlasan Wawa terima cinta Am dan mencintai Am. Am tahu yang Wawa sentiasa ikhlas dalam menyayangi Am. Dan, wahai sayangku.. bagi Am, sayang merupakan anugerah Allah yang sangat indah. Sentiasa manis dan cantik dimata Am. Okey?”
            Hawa sekadar diam seribu bahasa. Bicara Adam padanya  tadi merupakan sesuatu yang amat mahal dan berharga buat hati wanitanya.  Dia membayarnya dengan senyuman yang paling manis buat Adam dan ketika itu dia terasa ada air manik putih yang menempiasi pipinya. Dia  berasa sungguh terharu dan bersyukur  dikurniakan teman hidup seperti Adam. Sayangnya pada satu-satunya ‘mata’  buat dirinya itu tidak pernah berbelah bahagi dan sentiasa bertambah  dari hari ke hari.
            “Sudah sayang. Am taknak  tengok Wawa  nangis-nangis macam ni. Hilang seri wajah tu. Am sentiasa sayangkan Wawa.”
            “Terima kasih Am. Am...”
“Ya? Kenapa?”
“Hmm. Am jangan tinggalkan Wawa tau.”
“Hei. Apalah yang Wawa cakap ni? Merepek je.
“Ala.. janjilah  dengan Wawa. Am jangan tinggalkan Wawa tau!”
“Sayang.. Meninggalkan Wawa merupakan  perkara terakhir yang Adam akan lakukan bila sahaja maut menghampiri  Am. Tapi Am bukan buang terus perasaan Am dekat Wawa. Hanya jasad yang hilang, tetapi cinta dan kasih sayang Am tetap  untuk Wawa seorang. Okey ? Dahlah. Jom balik. Dah nak dekat Maghrib ni. Nanti Abang Halim marah pulak Am sebab hurung adik dia yang manis ni lama-lama.Let’s go !”, kata Adam  dengan  penuh semangat. Dia  tersenyum melihat Hawa yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan Adam. Adam sekadar ketawa kecil dan terus memimpin lembut lengan Hawa.
Hawa yang masih diam sebenarnya sedang berfikir ligat tentang kata-kata Adam tadi. Dia tidak mahu kehilangan Adam! Itu yang hatinya pasti.


            Hawa termenung meredah kegelapan malam melalui jendela wadnya itu.  Rindu resah dendam dan sayang menggeledah segenap sudut hatinya.  Adam! Rindunya pada pemilik nama itu semakin menebal dari hari ke hari. Hanya foto kaku Adam yang menjadi penawar rindu dan penguat bagi dirinya untuk menjalani  hari-hari seterusnya dengan penuh semangat.
            Adam menghilang sejak seminggu. Dia tidak tahu kemana dan mengapa dia tidak menerima walaupun satu berita tentang Adam. Setiap kali soalan perihal Adam  dilontarkan kepada Abang Halim, Hawa hanya menerima gelengan kepala atau henjutan kecil bahu Abang Halim. Persoalan demi persoalan silih berganti memenuhi lautan fikirannya. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga Adam menghilang tanpa khabar berita. Padahal, ingin sahaja dia memeluk Adam sebaik sahaja Abang Halim memberitahunya bahawa sudah ada yang sudi menderma organ penglihatan kepadanya. Siapa, mengapa dan dimana penderma itu, Hawa  tidak diberitahu. Namun  begitu, Hawa tetap memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dibenarkan untuk  melihat  dunia  kembali. Tetapi, Adam tiada untuk dirinya ketika ini. Ingin sekali  dia melihat dan merenung sepuasnya wajah lelaki itu sepanjang hidupnya. Kerana dia  sudah boleh  melihat! Melihat segalanya  dan  memahami segalanya.
            ‘Oh, Adam! Am kat mana? Wawa rindu’, keluh hati kecil Wawa. Sekali lagi, kenangan manisnya bersama Adam mengetuk kotak fikirannya. Dia terus tersenyum dalam kepiluan.
            Pintu yang terkuak mematikan lamuanannya. Seorang jururawat yang manis melangkah masuk bersama-sama sedulang makanan dan  himpunan ubat-ubatan. Hawa sekadar melemparkan senyuman hambar bagi membalas senyuman manis jururawat itu. Langkahnya longlai menghala kearah katil wadnya. Jururawat itu meletakkan dulang itu di  atas stroller pesakit yang disediakan oleh pihak hospital.
            Hawa sekadar merenung kosong makanan di atas stroller di hadapannya itu. Seleranya benar-benar mati dan tekaknya tiba-tiba berasa pahit untuk  menelan semua makanan itu. Dia sekadar meneguk air suam dan menelan ubat mengikut dos yang diberikan.
            “Cik  Hawa. Cik kena makan banyak supaya ada tenaga, biar badan tidak lemah. Kesan  pembedahan masih ada. Cik Hawa kena biasakan diri dengan  mata baru Cik Hawa tu. InsyaALLAH, semuanya akan kembali seperti normal,” kata jururawat  itu.
            Hawa hanya mengangguk kecil untuk mengiyakan  penyataan itu. Sedangkan baginya, mata ini tidak  bermakna jikalau wajah Adam tetap tidak dapat dilihatnya sehingga kini.
            Hawa melepaskan keluhan berat lalu meletakkan gambar Adam disisinya. Perlahan-lahan dia mencapai sudu ditepi dulang makanan itu dan mencedok bubur nasi di hadapannya. Sesuap, dua suap, dan seterusnya.. Tiba-tiba suapannya terhenti tatkala dia terpandang mata  jururawat tadi yang tidak lepas merenung gambar  Adam. Hawa yang kehairanan dengan tingkahlaku jururawat itu, cuba bertanya.
            “Kenapa, nurse?”
            “Err. Maaf. Itu gambar Encik Ahmad Adam Hasqi bukan?”
            Hawa terpana  sebentar. Bagaimana  jururawat ini boleh tahu nama penuh Adam? Kenalkah dia dengan Adam? Mungkinkah dia boleh membawanya kepada Adam? Kenalan universitinya mungkin.
            Hawa tersenyum lebar. Dia terus  mencapai gambar itu dan memandang jururawat  itu dengan pandangan yang penuh mengharap.
            “Ya saya.  Ini memang gambar Adam, kawan saya. Nurse kenal ke?”
            “Tidaklah begitu  kenal. Sudah tentu keluarga dan Cik Hawa sendiri yang lebih  mengenalinya bukan? Lagipun, Encik Adam sudah banyak berkorban untuk kebahagiaan Cik  Hawa.”
            Lembut suara itu menerpa gegendang telinga Hawa yang masih samar-samar dengan  maksud kata-kata  jururawat itu. Pengorbanan? Apakah maksud …
            ‘Tok! Tok!’
            Ketukan keras pada pintu wad Hawa memecahkan hawa kesunyian di dalam wad bernombor 156  itu. Pintu wad terus dikuak. Halim melangkah masuk bersama-sama Puan Safura. Tangan Puan Safura penuh dengan sebakul buah-buahan dan senyuman menghiasi wajah ceria mereka.
            “Mama! Abang!”, jerit Hawa. Kehadiran dua anggota keluarganya itu benar-benar membuatkan hatinya berbunga. Lenyap sebentar gambaran Adam.
            Hawa menyalam mama dan abangnya itu. Pantas dia memeluk erat mamanya. Senyuman tidak henti-henti  menghiasi wajahnya.
            “Rindunya dekat mama! Abang! Hehe. Selalulah datang sini. Wawa bosanlah duduk sini sorang-sorang. Asyik-asyik kena manghadap ubat dan siling hospital  je.”
            “Amboi! Mengadanya budak ni. Abang dengan mama kerjalah. Lepas maghrib baru boleh datang sini. Wawa sihat?”, tanya  Abang Halim. Dia mengusap lembut kepala adik  kesayangannya itu.
            “Yela. Hmm,bolehlah. Cuma tak tersanggup nak menelan ubat-ubat ni. Pahit  bebenor!”, luah Hawa. Suaranya sengaja dimanjakan.
            “Hish! Orang nak bagi dia baik, dia merungut pula. Nurse, lepas ni kalau si Wawa ni  refuse nak makan ubat, nurse sumbat je dalam mulut dia time dia tengah melentok  malam-malam. Confirm dia sihat lepas tu,” gurau Halim kepada jururawat itu. Ketawa Puan Safura dan Halim lepas melihatkan  muncung Hawa.
            “Eh,abang! Baru Wawa ingat. Tadi kakak nurse ni kan, dia pandang lama gambar Adam. Rupa-rupanya dia kenal Adam. Cuba abang tanya dia.Mana tahu kita boleh  jumpa Adam”, ucap Hawa.
            Halim terdiam dengan kata-kata Hawa. Ketawanya mati. Dia dan Puan Safura saling berpandangan. Hawa terperasan dengan perubahan muka dua figura di  hadapannya itu. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya.
            “Abang? Mama? Wawa tanya ni.”
            “Err. Okey, Okey. Nanti Abang tanya. Mama, mama hidangkanlah  makanan untuk si Wawa ni. Halim nak jumpa doktor kejap. Nurse, boleh tolong tunjukkan saya bilik doktor?”, kata Halim.
            Jururawat itu sekadar mengangguk dan membuntuti langkah Halim. Hawa yang sedang leka melayan pertanyaan Puan Safura sekadar mengangkat  bahu melihat perubahan mendadak Halim. Puan Safura memrenung simpati wajah ceria Hawa.
            ‘Oh, Tuhan! Bagaimana harusku sampaikan kebenaran  kepada anakku ini? Kebenaran ini sudah tentu akan mematikan senyuman itu. Mama minta maaf ye, Wawa..” , Puan Safura berkata-kata di dalam hati kecilnya.
            Biarlah Hawa ketawa sepuas-puasnya dahulu!


“Hawa taknak keluar wad selagi Abang Halim dengan mama tak bagitahu Wawa apa sebenarnya yang dah jadi dekat Adam selama ni!” Jeritan Hawa memenuhi segenap ruangan bilik wad itu. Jururawat  dan doktor turut terkejut dengan jeritan itu.
Puan Safura dan Halim mati kutu untuk mejawab soalan Hawa. Mereka sudah mengagak bahawa hari ini pasti akan  tiba. Hari dimana kebenaran pasti akan terserlah jua dan mereka pasti kebenaran itu akan membunuh segala perasaan indah yang ada dalam diri Hawa. Setelah hampir sebulan mereka menyimpan kemas rahsia itu, sudah tiba masanya mereka menyampaikan berita pedih ini kepada Hawa.
Halim melepaskan keluhan berat. Dia kasihan melihat airmata kecewa adiknya itu. Dia memandang Puan Safura meminta kebenaran.Seperti mengerti permintaan anak lelakinya itu, Puan Safura mengangguk lemah.
“Doktor Faris dan Cik Mala. Saya minta doktor dan cik keluar sebentar. Kami hendak bercakap dengan Hawa mengenai Adam.”
Doktor Faris dan Cik Mala tersenyum kecil dan berlalu keluar daripada wad itu. Setelah  mereka lenyap daripada pandangan Halim, dia memandang semula Hawa yang berada di tepi jendela wad. Cuaca  mendung di luar sana  seperti mengerti keadaan keruh yang sedang dialami di dalam ruang  kecil ini.
“Abang nak Wawa tahu yang walau apa pun tindakan arwah Adam, dia  sentiasa dan selalu mencintai Wawa sehingga akhir hayatnya.”
Hawa tersentak dan dia terasa ada debar yang menghenyak dadanya  tatkala perkataan ‘arwah’ dituturkan oleh abangnya.  Pantas dia berpusing memandang Halim. Pandangannya penuh dengan kebingungan dan benang kerisauan mula membelit kalbunya.
“Apa abang kata? Arwah? Apa yang abang cakap ni? Mama?”
Air matanya ditekan sekuat hati agar tidak berterabur di pipi mulusnya. Degupan jantungnya mula berdetak hebat sementara menunggu Halim  menyambung  bicaranya.
            “Ya,Wawa. Arwah Adam. Adam dah meninggal dunia sebulan yang lalu. Seminggu sebelum pembedahan Hawa.”
            Bagaikan ada  petir  yang menyentap hulu hatinya,  Hawa terduduk  di atas katilnya. Matanya tidak lepas memandang wajah abangnya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru  didengarinya. Adam dah meninggal? Hawa cuba menyusun dan mencari makna ayat itu. Dia seperti kebingungan dan dunianya seperti terhenti dan pandangannya gelap seketika. ‘Adam dah tinggalkan aku? Tak mungkin! Tak mungkin! Dusta semuanya!’, batin  Hawa  menjerit kuat.
            “Wawa dengar betul-betul apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya, semingu sebelum pembedahan Wawa, Adam mengalami kemalangan di trek semasa berlumba. Kecederaanya teruk dan dia lumpuh separuh badan. Dia juga kehilangan tangan kirinya kerana terpaksa dipotong. Peluang untuk dirinya sembuh sangat tipis dan doktor  sekadar mampu memberikan ubat penahan sakit. Setelah dua hari koma, Adam tersedar tetapi dia dalam keadaan yang  sangat nazak. Abang sempat berjumpa dengannya lepas dihubungi oleh  mama Adam. Arwah nak berjumpa dengan abang buat kali terakhir. Masa  abang lihat dia, keadaannya memang kritikal dan nazak. Permintaan terakhirnya yang sempat disampaikan  kepada abang, arwah nak  mendermakan matanya kepada Wawa. Arwah nak Wawa terus hidup bahagia bila dia dah takde nanti dan dia mintak abang rahsiakan  kematiannya dan permintaanya  itu  daripada Wawa sampai Wawa betul-betul  bersedia dengan kebenaran ni.  Abang dan mama menghormati permintaan arwah dan abang rasa Wawa dah cukup bersedia untuk  kebenaran ni sekarang. Abang dengan mama minta maaf sangat dekat Wawa sebab merahsiakan hal ni kepada Wawa.”
            Darah bagai tidak melewati wajah Hawa tatkala pengakuan Halim jelas menerjah gegendang telinganya. Kakinya seakan-akan terkunci di dada bumi dan hatinya gugur bagaikan seroja yang gugur di pusara. Putus semangatnya sekejap. Perlahan-lahan air matanya berleretan dari lubuk kesedihan  yang dari tadi ditahannya. Dia menangis semahu-mahunya sambil melekapkan foto Adam di dadanya. Nafasnya turun naik  menahan kasakitan hatinya yang teramat.
            Puan Safura berlalu keluar dari wad itu kerana dia tidak sanggup melihat airmata derita anak perempuannya yang masih mentah itu.
            “Mama arwah ada berikan barangan peribadi arwah kepada abang untuk diserahkan kepada Wawa sebab dia rasakan yang Wawa lagi memerlukan daripada dia. Dan..  Ini ada bungkusan yang kata kawan kepada arwah, sangat penting untuk Wawa. Abang harap Wawa sabar menerima berita ni.Jangan sesekali putus asa dan mensia-siakan  peluang yang ALLAH berikan kepada Wawa untuk terus hidup  dan juga mata yang diberikan oleh Adam tu.”
Halim  sekadar menepuk lemah bahu Hawa dan mengorak langkah menuju pintu wad. Dia pasti yang adiknya itu tentu memerlukan masa untuk bersendirian sekarang.  Dia cuma berdoa agar Hawa tidak berputus asa dan terus menghargai kehidupan yang masih diberikan kepadanya sehingga sekarang.
Hawa merenung kotak berukuran sederhana berwarna ungu yang ada di sebelahnya itu. Berat hatinya untuk  melihat isi kotak itu kerana dia tahu walau apapun yang ada di dalam kotak itu, ianya tentu akan mengembalikan ingatannya kepada Adam.
Hawa  merenung kosong kandungan kotak tersebut. Airmatanya gugur lagi disaat anak matanya tertancap kepada sebuah bingkai gambar yang menempatkan gambarnya bersama Adam semasa Hari Raya Aidilfitri 2 tahun  lepas. Tangannya kemas berada di dalam genggaman Adam  yang segak mengenakan baju melayu berwarna ungu sedondon dengannya. Hawa meletak  tepi bingkai gambar itu dan meneruskan tugasnya melihat segala kandungan  kotak itu.
Sehelai sapu tangan kain sutera yang  pada hujungnya terdapat sulaman coretan kecil. Hawa meneliti bait coretan tersebut yang kelihatan sangat  kemas dan cantik. ‘Adam buat Hawa’. Hawa tersenyum membaca bait itu. Dompet Adam yang juga terdapat gambarnya, anak patung beruang kecil  yang sempat Hawa hadiahkan kepada Adam pada hari jadinya tahun lepas, sehelai selendang yang cantik yang namanya turut dijahit kemas, sebentuk  cincin Adam yang juga diberikan kepadanya pada ulangtahun keempat hubungan mereka,dan juga sebuah album besar yang menempatkan foto mereka berdua sebanyak mungkin. Sedikit sebanyak, barangan-barangan ini  dapat menyembuhkan luka hatinya walaupun senyuman masih sukar diukir pada wajahnya.
Hawa beralih pula kepada bungkusan kecil berwarna merah jambu itu. Perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas pembalutnya dan dia terpana sebentar saat melihat sebuah kotak berkain baldu merah kemas berada di dalam genggamannya. Dia melihat seutas rantai emas putih yang terukir kemas coretan ‘AdamHawa’ .  Dia berasa sungguh terharu! Cantik sekali rantai ini. Pandangannya sekali lagi tertangkap  oleh  sekeping kad kecil yang terselit di dalam  kotak  itu. Perlahan-lahan dia membuka dan membaca kad  itu.
            ‘Khas dan istimewa buat permaisuri hatiku yang disayangi, Ansyifah Hawati pada ulang tahunnya yang ke-24. Happy Birthday, sayang!
                                                Your love ,
                                           Ahmad Adam Hasqi.
- Cerita yang menyentuh dua jiwa, lahir daripada sanubari yang ikhlas. Jika tidak  kepadamu, kepada siapa lagi harusku nyatakan kerinduan aku kepada bidadari ini,  wahai bulan?-’

            Hawa menangis lagi. Dia sangat rindukan Adam !
“Kenapa Am tinggalkan Wawa ?? Kenapa, Am ?!”, Jeritan kecewa Hawa bergema lagi. Dan hujan turun membasahi bumi seperti jua airmata Hawa menghujani dirinya yang sedang dalam kepiluan.


            “Assalamualaikum, Cikgu Ansyifah ?”.
            Hawa mengangkat kepalanya tatkala namanya disebut oleh seseorang. Dia tersenyum.
            “Ya, saya. Boleh saya bantu encik ?”
            “Maafkan saya ya. Saya nak hantar adik saya ni ke kelas Tingkatan 5 Ikhlas. Boleh Cikgu tunjukkan dimana kelas ni?”
            “Oh,kebetulan. Saya guru tingkatan kelas ni. Bolehlah saya bawakan, Encik…”
            “Adam. Panggil saya Adam.”
Hawa terkesima. Adam…Nama yang sangat dirinduinya.
            “Cikgu? Cikgu tak apa-apa?”
            “Oh,  maaf. Saya tak apa-apa. Just call me Hawa for short. Better.”
            “Hawa. Our name seem something. God sends us here to meet.You think so?”, Adam bergurau dengan wanita pendidik dihadapannya itu. Ketawa Hawa lepas menyerlahkan kemanisan wajahnya. Buat seketika, Adam terpaku melihat Hawa.
            “Emm. Maybe. For good, for sure”, jawab Hawa setelah tawanya reda.
            “So, shall we?”
            Hawa mengangguk dan melangkah menuju ke kelas Tingkatan 5 Ikhlas dan diikuti oleh Adam dan adiknya. Dalam diam, Adam menyatakan hasrat  hatinya. Dan  kisah ini bermula  sekali lagi ….





           

Wednesday, March 16, 2011

KUANTAN DUAKOSONGSATUSATU

YEAYY ! spm tahun nihhhh ;)

soryy , lama tak update blog nihh . but for suure , im changed !

sierra dah bertudung this year :) SHOCKED KAN ?

SIERRA sendiri tak sangka boleh berubah . sebenarnya , lama dah niat nak bertudung cuma masa and keadaan sekeliling SIERRA je yang tak mengizinkan . thanks to HAFIZHANIFF , my bff yang menyedarkan SIERRA . lagipunn , SIERRA dah janji dengan mama and papa yang SIERRA nak berubah just when pindah ke pahang :)

ALHAMDULILLAH .. SIERRA akan cuba sedaya upaya SIERRA supaya bukan sahja pakai tudung sematamata tetapi memperindah busana ni dengan kelembutan dan sifatsifat mulia . doakan SIERRA tau .

yang kat luar masih teragakagak dengan perubahan nihh , forget it ! teruskan je dengan niat kamu . bukannye biler dah bertudung u all tak dapat berfesyen . tengok jelahh artis macam YUNA or HELIZA or even  HANA TAJIMA . still looks gorgeous and stylo in headscarf . and still mengekalkan keindahan hiasan kepala nihh . tapi nak pakai tudung tuhh biarlah IKHLAS .. bukan sekadra nak nampak sopan depan oarang ramai , purapura baik ke ape ke . keikhlasan tuhh penting . SIERRA sendiri sakit mata tengok gadis yang bertudung pakai jeans or legging yang ketat2 , pakai shirt lengan pendek yang biler duduk nampak tuttttt .. eshh ! rasa macam terpaksa je pakai tudung tuhh . biarlah pakai elokelok , baru nampk manis kan ?

OKAYLAA . sapesape yang ada info how to stylish kan lagi cara penggayaan tudung or skarf terkini , rogerroger SIERRA tau . bye ..

ASSALAMUALAIKUM <3

xoxo-sierramallete

my drugs


These are the list of  my drugs . please beware . DO NOT TAKE THEM .
<3 DIYANA KAMARUZAMAN @ nana
-          The most dangerous drug I ever had . it will make me laughing but crying at the same time .
It will drag you to the MERENG WORLD where you cant stop laughing at all . eventhough it was the most LOW harmful substances contain but BEWARE ! ONCE  you get it , you will not know when , where and how to stop BEING SEWEL ;)
<3 HAFIZ HANIFF @ apis
-          WOW ! this drug will kill you slowly . first , it will drag you to know it . you’ll feel like it the most BEST THING in the world . then , slowly you will fall in love with it . you will crazy about it ! think about it all the time . and trust me , when that happen , YOU WILL KNOW WHATS THE MEANING OF HEARTBROKEN . eventhough you want to go away from it , but by the power of  SPEED of it attraction  , you will NOT leave it . And once you know it , you will take it everytime you have the PROBLEMS ;)
<3 RAKSASA FAMILY @ rf
-          ALERT EVERYONE ! this is the drug that ONE and only in the world . only me that have it . it contain harmful substances such as SYAFIQ@RAKSASA LIMAU (it will asked you to EAT non-stop at the same time , take all your MONEY ),IZAT IKMAL@RAKSASA DEBAB(it will keep make your tummy BIG and BIG and BIG  at the same time , make you LAUGH non stop )FADHILHANAFI@RAKSASA FREAKY (this is the only WELL contain in this drug . the only harmful about it is , you cant easily MEET it . because it always have OTHER function ). Next , TENGKU AHMAD FAQIH@RAKSASA CAPANG (OMG ! this thing also known as “LAUGHING SUBSTANCES “  that can make you laugh until you wanna pee.it powerful attraction is its BIG WING@ANTENNA where you really want to TOUCH it . just when you touch it ,  it will try to kill you by its LAUGHING POISON ),UDINJAMAL@RAKSASA PANJANG (this thing have HIGH contain of BLURR substances that will make you feel  BENGONG2  and BLURR )and lastly it contains the first drug inmy list DIYANA KAMARUZAMAN@RAKSASA KECHIK(that can make you feel CRAZY but  BELOVED ;)))

MY OTHERS DRUGS ARE :
AFIQ FIRDAUS        AL BAIHAQI            AHMAD KAMIL        MUHD HAZEEM A.SOLEHUDDIN      MUHD REJAB MOHD ZULFAIZ       HISHAM HIMURA
ZULREEDZWAN              AFRAEIM        MUHD NOR AFIQ    AKHIMULLAH
ZOULFADHLY ARIFF JAMALUDDIN              FARIS HASIM  MOHD ZULFAIZ
MUHD AMIRUL        RAJA AHMAD FIRDAUS FAZLIN            WAN SAFIQRI
MUHD FIKRI            MOHD SAUFI                   BOYED OZIL           MUHD RAZIQ
SYED AIMAN           HADI SAFWAN                HADI AFIF                                 AZMI
AZWAN SYAFIQ      BOB SHAH                      MOHD AIZZAT AIMAN HAFIZ
MIRUL AZMI            AMIR FIRHAD          MUZDALEEEF FUAD YAZID
AMIR SYAFIQ  SYAFIQ(MAMAK)            AHMAD NABIL        SYED DANIAL
RAVITHERAN                    WONG                  
UNFORGETTABLE DRUGS :
NAZIRAH(RYRA)     INTAN SHAFIQA              NOORASYIQIN        ELI NURZAWANI
AFIQAH (IQAH)       NUR AFIQAH(PIKA)        NUR AMIRA             AINA FARHANA
AMIERALATIFF       FATHIN NADHIRA           NADRAH NABILAH UMMI NAJEEHA
SAEIDATUL            ADIBA NUR’AIN              HALIMATUS(ATUS)  SYAHREENA(NINA)
NURLIS LYDIA        NURUL AZLEEN              AUNNIE UHUD SITI FATIMAH(CT)
AQILAH NATASHA TENGKU NURAMIRA       SYAHIDAYAH HADZME     NUR DHUHA

ILOVETHEMALL ! I NEEDTHEM ! ;)

Saturday, December 4, 2010

selamat tinggal bumi selangor ;(

Bismillahirahmanirahim . Ya Allah Ya Tuhanku , aku mohon keredhaanMu dalam keputusanku . Berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus berdiri teguh di bumi baru . Permudahkanlah urusanku dan berikanlah yang terbaik untukku Ya Allah . Aminnnn ....

 Dah lebih 7tahun aku tinggal kat puchong . Disinilah aku kenal erti kejayaan , keazaman , cinta , teman2 , sahabat sejati , kasih sayang dan keluarga . Disini juga menyimpan 1001 kenangan kepadaku tentang kekecewaan , putus asa ,kelalaian , dibenci dan kegagalan . Semua itu akanku jadikan dorongan untuk terus berikan yang terbaik dalamkehidupan aku sendiri . Selamat Tinggal Raksasa Family . Selamat Tinggal pasukan hoki kesayanganku . Selamat Tinggal Rugbi . Selamat Tinggal SMK PUCHONG UTAMA 1 . Selamat Tinggal guru2ku . Selamat Tinggal teman2ku . Selamat Tinggal Taman Putra Perdana . Selamat Tinggal Bravo . Selamat Tinggal PP One . Selamat Tinggal Rejab . Selamat Tinggal Zat Corner . Selamat Tinggal IOI Mall . Selamat Tinggal TESCO . Selamat Tinggal 4SCIENCE2 2010 ;)
SELAMAT TINGGAL SEMUA !!
WISH ME LUCK AT THERE . MMUUAHHHH !<3<3

Wednesday, September 29, 2010

PERSIS PERMAINAN

PERSIS PERMAINAN


By : ZTF



Sayang ,

manis sungguh saat itu ,

Saat kau melafazkan akadmu ,

Saat bibirmu mengucup lembut dahiku

Dan tanganmu kucium penuh syahdu .

Segalanya indah tika kau menjadikan aku suri hidupmu .



Oh Tuhan .. !

Baruku tahu ..

Manisnya mahligai kaca ini hanya permulaanya sahaja ,

Tangisan bertukar menjadi peneman tidurku ,

Lantai bertukar menjadi alas tidurku ,

Apa salahku wahai suamiku ?

Bukannya belaian suami yang sentiasa ku harapkan .

Sekadar dihargai kerana melengkapi hidup lelakimu ,

Senyuman ikhlasmu sentiasa kurindui ,

Bicara sang pemimpin sentiasa inginku dengari ,

Bukankah suami itu

Pelindung isterinya ?

Pembimbing isterinya ?

Ketua rumahtangga ?

Pemutus segala keputusan ?

Dimana semua tuntutan itu ?

Pulanglah sayang …

Hiasi semula mahligai ini ,

Warnai semula , tegaskan semula ,

Sesungguhnya

syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki suaminya

MELEPASKANMU

By : ZTF


MELEPASKANMU

( IN form of letter )






Saat cinta menghulurkan salam dipintu hati,

Assalamualaikum cinta .



        Sayang , sudahku jangka akan tiba saat ini . Saat dimana , hubungan muda kita tinggal sejarah . Alangkah bahagianya jika kita saling mengenali ketika segalanya telah kita berjaya genggam . Terima kasih kerana pernah menghiasi hari-hari remajaku . Mengenalimu cukup membahagiakan hidupku , cukup bermakna buat hatiku . Sebenarnya , diri ini susah untuk berhenti mencintaimu , merinduimu . Tetapi , siapalah kita untuk menolak ketentuan Illahi . Bagiku , mencintai seseorang tidak bermakna aku harus memilikinya . Mencintaimu dari jauh sudah cukup buatku asalkan kau bahagia .

       Sayang , walaupun perpisahan ini tidak pernah terlintas difikiran kita , namun , harus kita merelakannya . Seandainya betul kita harus berpisah , biarlah ia keluar daripada mulutmu sendiri . Hanyaku pinta , biarlah atas sebab yang diredhai hatiku .

       Aku sanggup melepaskanmu jika ianya demi kebaikan masa depan kita . Percayalah sayang , aku sanggup ditinggalkan daripada dihiraukan olehmu . Perit sungguh rasa dihiraukan . Akhir kata , aku menerima segala kata putusmu .



      Seandainya ini warkah terakhirku , hiasilah ia dengan senyumanmu .



Salam sayang ,

Suri hidupmu .

Sunday, September 12, 2010

GITAR USANG BUAT HARI JADIMU,SAYANG .

GITAR USANG BUAT HARI JADIMU , SAYANG .
BY : ZTF

RASYA RAMADHANI dan SAFWAN EIDILFITRI . nama dua makhluk ALLAH SWT yang sangat indah dan ditakdirkan bersama . namun , Rasya Ramadhani bukanlah penyabar seperti namanya , Safwan Eidilfitri bukanlah meriah hidupnya seperti namanya .Terciptalah mereka untuk ditakdirkan bertemu , saling membantu , mencintai dan dicintai , meninggalkan dan ditinggalkan . bismillahirahmanhirahim .........

          "TAUKE , ini berapa lama ek you simpan untuk baiki ? I satu hari takde ini gitar , boleh rosak jiwa . Lagipun , I selalu ade show untuk member-member I . " , kata Rasya kepada Tauke Lim , pemilik kedai muzik itu .

           Tauke Lim membelek-belek gitar Rasya yang telah putus talinya . Dia merenung muka Rasya sambil senyum sinis .
          " 2 hari saya simpan . Apa macam ? Boleh ? "
          " Esh ! Lame tu tauke ! Ala . Putus tali saje maa . Bukannya head patah macam dulu ."
          " You ingat you sorang saje saya punya customer ? Sudah - sudah . You mau ke tidak ? " , soal Tauke Lim .
          Rasya mengigit geram bibirnya sambil ligat memikirkan tentang perihal gitar kesayangannya . Setelah puas berfikir , akhirnya dia mengangguk kepada Tauke Lim . Setelah membayar deposit , Rasya segera meninggalkan kedai muzik itu . Dia mengomel geram terhadap perangai Tauke Lim yang saja ingin mengenakannya . Tiba-tiba , dia terdengar sesuatu yang sedang mengiau hampir dengannya . Matanya melilau mencari arah datangnya bunyi itu . Dia ternampak seekor anak kucing yang sedang terbaring lemah di laluan kaki lima deretan bangunan kedai itu . Dia menghampiri anak kucing itu dan mengusap lembut bulu nipis anak kucing itu .
         " Kesian dia . Rasya bawa balik , ok ?" , katanya terhadap anak kucing berbulu kelabu itu .
           Rasya mengangkat anak kucing itu dan membawanya ke dalam kereta . Tanpa Rasya sedari , ada mata yang memandang tingkahlaku Rasya dengan penuh minat .
.......................................................................................................................................................................................................................................................
           Rasya sedang menolak troli di pasaraya itu apabila seseorang mencuit bahunya daripada belakang . Dia segera menoleh ke belakang dan termempan apabila melihat seorang lelaki kacak sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum . Mata Rasya tidak berkelip melihat lelaki berbadan sasa itu sehingga tidak menyedari bahawa lelaki itu sedang bercakap dengannya .
          " Hello ! Anybody home ?", tegur lelaki itu .
           Rasya tersedar daripada lamunannya lalu tersenyum bagi menutup malunya .
          " Ya ? Ada apa encik ?", kata Rasya sambil menatap anak mata lelaki itu .
          " Nothing . Just nak bertanya . Awak Rasya kan ? Adik Rafael yang pernah study dekat overseas tu?" .         " Yes . I am . Saya Rasya Ramadhani . Awak .... "
          " Oh ! Sorry . Saya Safwan . Safwan Eidilfitri . Kalau tak silap saya juga , awaklah kan yang selalu hantar gitar dekat kedai pakcik saya kan ?"
          " Hah ? Gitar ? Setahu saya , Tauke Lim je . Wait .. So , Tauke Lim tu .. pakcik awak ??"
          Safwan senyum dan mengiyakannya .
          " Patutlah awak nampak macam mix Chinesse ."
          " Keluarga saya sahaja yang mualaf . Ayah saya Muslim . Ibu , Chinesse mix Scottish . Sebab itu muka saya dah macam doh kuih raya . Macam-macam benda dah kena gaul sekali ", gurau Safwan terhadap Rasya .          Rasya terlepas ketawanya mendengar kata-kata Safwan . Terserlah barisan giginya yang cantik sehingga membuatkan Safwan terpegun melihat Rasya tertawa . Cantik !
          " By the way , macam mana awak kenal dengan abang saya ? " , tanya Rasya setelah ketawanya reda .
          " Oh ! Saya study sekali dengan abang awak time di Nottingham dulu . Kami memang rapat dan tinggal serumah . Tapi hubungan persahabatan kami terputus apabila saya mengambil keputusan mahu further study kat Malaysia sahaja selepas kematian ayah saya . Nak teman ibu ." , jawab Safwan . Entah mengapa , dia berasa senang berkonsi cerita dengan Rasya .
         " Abang tidak pernah cerita pun . Sekarang dia dah kerja di JB . Jadi pensyarah kimia di sana ."
         " Hmm . Baguslah begitu . Boleh awak beri nombor telefon awak ?", tanya Safwan lagi .
         Dahi Rasya berkerut memandng Safwan .
         " Awak nak buat apa ?"
         " Saja . Berkenalan . Tak salah kan ?", duga Safwan lagi .
        Rasya tersenyum lalu menghulur kad namanya .
       " Terima kasih , Rasya ", tutur Safwan setelah permintaanya diyakini Rasya .
       " Sama - sama , Safwan ."
       " Oklah . Saya nak cari ibu saya pula . Entah kemana hilangnya . Saya minta diri dulu ya . Thank sudi berbual " , kata Safwan lagi .
         Rasya senyum dan mengerdipkan matanya . Dia beralih sedkit untuk memberi laluan kepada Safwan . Tidak lama selepas itu , Safwan memanggil namanya kembali .
         " Rasya Ramadhani !"
         Rasya segera berpaling ke arah Safwan .
         " Nama awak cantik seperti senyuman awak" .
.....................................................................................................................................................................................................................................................
                                                   SETELAH EMPAT BULAN ......
        " Wan ! Rasya rindu dekat Wan ", jerit Rasya sebaik sahaja Safwan merangkul pinggangnya .
        " Wan pun , Sya . Sentiasa merindui Rasya . "
        Rasya tersenyum dan melayani perasaan sendiri . Safwan membelai mesra rambut Rasya . Rasya teringat bagaimana mereka boleh menjadi pasangan kekasih . Setelah dua bulan berkawan , Safwan meluahkan isi hatinya kepada Rasya di majlis hari jadi kawan mereka , Ruhanis . Semua tidak terduga oleh Rasya namun dia bersyukur kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan dan Safwan menerima Rasya seadanya . Cuma , Auntie Rose , mama Safwan yang tidak merestui hubungan mereka kerana menganggap Rasya sekadar ingin mempermainkan Safwan dan tidak suka akan keluarga Rasya yang bersifat ketimuran .
       Teringat akan Auntie Rose , Rasya segera meleraikan pelukan Safwan dan termenung . Safwan yang hairan dengan perubahan air muka Rasya , cuba bertanya kepada Rasya .
       " Rasya kenapa ? Ada masalah ? " , kata Safwan lalu memusingkan badan Rasya menghadapnya . Safwan mengangkat dagu Rasya dan terlihat kesan air mata di pipi mulus Rasya .
       " Tiada apa-apa , Wan . "
       " Habis tu ? Kenapa sayang menangis ?"
       Rasya melepaskan keluhan dan tunduk memandang lantai . Safwan mengusap pipi Rasya dan mencubit hidung Rasya . Rasya sekadar tersenyum hambar .
      " Sya ... Wan tak suka kalau tengok Rasya jadi patung macam ni . Cuba beritahu Wan . Ada apa ?" , tanya Safwan lagi .
     Rasya merebahkan kepalanya ke dada Safwan . Senyap-senyap , dia menangis .
       " Wan ... sampai bila kita nak jumpa senyap-senyap macam ni ? Jumpa pun kadang-kadang . Wan bukan selalu telefon Sya . Sya takut kalau Sya telefon rumah Wan , Auntie yang angkat . Sya rindu kat Wan." Perlahan suara Rasya namun cukup membuatkan hati Safwan resah .
      " Sya . kita kena sabar . Wan pasti suatu hari nanti , Mama mesti terima Sya dan restu hubungan kita . Sya kena faham , bukannya Wan tak nak telefon Sya , dengar suara Sya . Wan nak sangat . Kalau boleh setiap hari Wan nak telefon Sya . Tapi Wan sibuk , sayang . Sejak Wan ganti Mama jadi CEO syarikat tu , semakin sibuk Wan . Nak kena buat itu , buat ini . Mesyuarat sana , jumpa klien . Wan buat semua ni pun sebab Sya . Wan tak nak sia-siakan hidup Sya lepas kita kahwin suatu hari nanti . Kita ikut cara Mama dulu , okay ? Once ekonomi Wan dah stabil , Mama dah tak boleh tentukan hidup Wan . Whatever she have done to us , she's still my mother . Wan kenal dia dulu sebelum Sya . Tapi , Wan pun sayang dan cintakan Sya . Trust me . I will always love you , Rasya . Wan tidak akan lupakan Sya . Itu janji Wan ." , lembut suara Safwan menerpa telinga Rasya .
      " Wan janji akan kahwin dengan Rasya?", soal Rasya tiba-tiba .
      " Janji . Wan akan usahakan hubungan kita menjadi halal ." , jawab Safwan dengan tenang .
      " Terima kasih , sayang . I love you , Safwan . Rasya sanggup tunggu Wan."
      " I love you too ."
      Rasya memeluk Safwan dengan erat . Dia terlalu sayang akan Safwan dan yakin bahawa cintanya hanya untuk Safwan . Safwan mengusap lembut rambut panjang Rasya . Dia berasa lega setelah Rasya mula tersenyum .
      " Wan ?"
      " Ya , sayang ... "
      " Janji dengan Sya ? "
      " Anything for you ."
      "Janji Wan takkan tinggalkan Sya ?"
      " Wan selamanya milik Sya .Wan janji takkan tinggalkan Sya "
      " Walau apa yang terjadi ?"
      " Ya , sayang .. Wan janji. Walau apa pun terjadi , Wan tetap akan berada di sisi Sya dan sentiasa mencintai Sya."
      Rasya mengucup pipi Safwan mengucapkan kata cinta kepada Safwan . ' Ya , Safwan . Sya sanggup tunggu Wan sampai bila-bila asalkan Wan masih mencintai Sya', kata Rasya didalam hatinya .......................................................................................................................................................................................................................................................
                                                       SETELAH TIGA BULAN .....
       " Rasya ! Ada surat !", jerit Puan Norziah kepada Rasya .
       " Ok , mama . Letak atas meja tu . Nanti Rasya turun , baca . " , jawab Rasya dari biliknya .
       Setelah beberapa minit , Rasya turun . Dia segera mengambil surat untuknya itu . Kelihatan seperti surat peribadi bukannya surat formal . Mungkin teman-teman kuliahnya yang menghantar surat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjeleng . Setelah dibukanya , dia terkejut apabila tertera nama Safwan di atas surat itu . Dia segera membaca isi surat itu . Perlahan-lahan air matanya jatuh . Rasya terduduk membaca isi kandungan surat itu .
       " Mama !! Mama !! " , jerit Rasya .
        Puan Norziah bergegas ke ruang tamu apbila terdengar jeritan Rasya . Dia terkejut melihat Rasya menangis teresak-esak sambil merenyukkan surat untuk anaknya itu tadi .
       " Sya ! Kenapa ni ?? Kenapa menangis teruk macam ni ?? " , soal Puan Norziah .
       " Ma ! Safwan ma . Dia bagi surat kat Sya ... "
       " Dah tu ? Kenapa menangis ni , sayang mama ?"
       "Safwan ... Safwan minta .. dia minta putuskan hubungan kami ! Dia fly ke Perth ikut Auntie Rose . Sampai hati Safwan buat macam ni dekat Rasya ! Sampai hati dia ! " . Laju air mata Rasya mengalir . dia memeluk erat ibunya .
      " Sampai hati , Wan ... Wan dah janji ..." Kata Rasya lagi . Dia seakan hilang semangat untuk hidup .
......................................................................................................................................................................................................................................................
          22 APRIL 2011 , RABU . ( Setelah hampir setahun Safwan meninggalkan Rasya , Rasya membawa diri ke Paris . Meskipun Rasya redha dengan keputusan Safwan itu , namun , jauh disudut hatinya , Rasya masih mendambakan cinta Safwan dan masih setia menunggu hingga hari ini . Rasya kembali ke Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat di ibu kota sebagai seorang setiausaha . Hidupnya biasa sahaja , sehinggalah ... )

         " Rasya , awak siapkan agenda untuk mesyuarat dengan wakil company Berjaya Holdings . Saya nak awak edarkan esok .", kata Dato' Malik kepada Rasya .
         " Baiklah , Dato' . Boleh saya tahu berapa orang wakil company tu ?", tanya Rasya .
         " Tiga orang sahaja . Malam ni awak ade dinner dengan salah seorang wakil mereka di Hotel Vistana . Awak temankan Hidayah sebab dia nak bentang proposal tu secara ringkas dan personal dulu . Esok , senang . CEO mereka yang akan datang ." , terang Dato' Malik .
        " Pukul berapa tu , Dato' ?"
        " 8pm . Sharp ."
        " Baiklah Dato' . Saya minta diri dulu ."
        " Rasya ! Jangan lupa nama CEO mereka tu pula . Meja book atas nama dia ."
        " Allah ! Lupa pula nak tanya . Who his name again , Dato ' ?"
        " Safwan . Encik Safwan Eidilfitri ."
       Rasya bagaikan terkena renjatan elektrik mendengar nama itu . Nama yang cukup dirinduinya . Setelah hampir setahun dia cuba menerima kenyataan , tidak sangka mereka akan dipertemukan semula .......................................................................................................................................................................................................................................................
        Malam itu , Rasya tidak sabar dipertemukan dengan Safwan . Dia mengenakan gaun hitam malamnya yang labuh . Dioleskan sedikit gincu dan mendandan rambutnya sebaik mungkin . Setelah yakin dengan penampilannya , dia tersenyum melihat cermin . Dia yakin semuanya akan menjadi pulih selapas pertemuan ini . Sebelum dia melangkah pergi , dia terpandang akan gitar lamanya . Dia tersenyum lalu menulis sesuatu di atas gitar itu dan menyelitkan surat yang ditulisnya buat Safwan petang tadi .
        Setelah tiba di HotelVistana bersama Puan Hidayah , majikannya , Rasya segera ke restoran yang berada berdekatan dengan lobi hotel mewah itu . Matanya tertancap kepada seorang lelaki yang bersut hitam kemas di suatu sudut restoran itu . Safwan ! Rasya berasa rindu akan lelaki itu . Wajah yang amat dikasihi dan dirinduinya . Dengan penuh debar , mereka melangkah ke meja Safwan .
        " Encik Safwan ?", tanya Rasya .
        Safwan seperti pernah mendengar suara itu . Suara yang amat dirinduinya . Dia mendongak . Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya . Rasya berdiri di hadapannya ! Gadis yang amat dicintainya . Safwan cuba berlagak ego dan sekadar senyum kecil kepada Rasya . Perbincangan malam itu berlaku seperti biasa . Formal dan penuh protokol . Rasya berasa seperti orang bodoh dan kecewa dengan sikap endah tak endah Safwan terhadapnya . Dia seperti ingin menangis .
       Tanpa Rasya sedari , Safwan kadang kala mencuri pandang wajah Rasya yang semakin cantik dan matang . Tepat pukul 10 malam , perbincangan tamat .
       " So , I'll see you tomorrow , Mrs Hidayah and Miss ... ? " Safwan berpura-pura tidak kenal akan Rasya
       " Rasya . Rasya Ramadhani .", lembut suara Rasya membalas . Dia benar-benar kecewa dengan Safwan .      " Hmm . Your name seem familiar . Anyway , Thanks . Saya minta diri dulu , ya . " Kata Safwan lagi .
       Rasya memandang kosong ketika Safwan melangkah keluar dari restoran itu . Tba-tiba dia tersedar , Rasya nekad dia mahu menahan Safwan pergi . Dia mahukan penjelasan . Rasya segera bengun dan mengejar Safwan yang sudah jauh di seberang jalan .
      " Wan !! Wan ! Tunggu , Wan ! ", jerit Rasya . Safwan tidak dengar akan jeritannya .
      Rasya mengejar Safwan dengan pantas lagi . Dan , semasa dia hampir tiba di tempat Safwan , tiba-tiba dia tersadung dan terjatuh di atas jalan raya . Sebuah kereta Wira tidak dapat mengawal sterengnya untuk mengelak Rasya , terlanggar Rasya yang baru sahaja hendak bangun daripada jatuh . Tubuh Rasya melayang tinggi dan Rasya hanya mampu mengucap dan menahan kesakitan yang teramat pada tubuhnya . Saat dia merasakan ajalnya kian tiba , dia terasa kepalanya dipangku dan pipinya dicium .
        " Sya ! Tahan , Sya ! Jangan tinggalkan Wan ! Wan minta maaf , Sya ! Tahan , sayang ... Wan cintakan Sya . Wan cintakan Sya ! Mengucap Sya . Jangan tinggalkan Wan . Rasya ! " .
       Rasya mendengar sayup-sayup suara Safwan . Dia berasa bahagia mendengar kata-kata Safwan . Rasya mencium tangan Safwan dan berbisik sesuatu kepada Safwan . Safwan cuba untuk mendengarnya walaupun suara Rasya terlalu perlahan dan tersekat-sekat untuk didengar dan difahami .
       " Wan .... Sya ... na .. nak .. ja .. ja .. jadi yang ha .. halal bu .. bu .. buat Wan . Izin ... kan .. ye ? " , tutur Rasya dengan nafas yang tidak teratur . Badannya benar-benar terasa sakit .
       " Wan izinkan , sayang . Selamanya , Rasya halal buat Wan . Jangan tinggalkan , Wan ... " , jawab Safwan dalam sedu . Air mata lelakinya jatuh jua .
      Dia mengucup lembut dahi Rasya dan berbisik di telinga Rasya .
      " Aku terima nikahnya , Rasya Ramadhani Bt Rosli . Aku halalkan dirinya buat diriku bersaksikan Allah SWT . "
      Rasya menitiskan air matanya dan tersenyum kecil sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir . Safwan menggoncangkan tubuh Rasya . Dia tidak dapat menahan sedihnya . Dia menjerit nama Rasya sambil memeluk erat tubuh Rasya .......................................................................................................................................................................................................................................................
      Setelah selamat jenazah arwah Rasya dikebumikan , ibu Rasya , Puan Norziah bertemu dengan Safwan . Dia memberi sebuah gitar dan sepucuk surat kepada Safwan . Safwan yang masih lagi bingung , menerima gitar dan surat itu . Pada gitar itu , tertulis , ' Safwan Eidilfitri . HANYA KAU DULU , KINI DAN SELAMANYA di hati Rasya Ramadhani ' . Tersentuh hati Safwan membaca coretan pendek dan romantis arwah Rasya buatnya . Air matanya gugur lagi . Safwan membuka perlahan-lahan surat terakhir Rasya buatnya .


Assalamualaikum Cinta .

Wan yang disayangi ,
pertama sekali Rasya minta maaf seandainya surat ini menganggu keharmonian hidup Wan . Rasya sekadar ingin memberi gitar kesayangan Rasya ini kepada Wan buat hadiah hari jadi Wan minggu depan . Mungkin terlalu awal , tetapi sebelum terlambat biarlah ia menjadi kenangan buat Wan terhadap Rasya .

      Wan , terima kasih kerana pernah menyayangi Rasya . Mecintai dan dicintai Wan merupakan kenangan terindah dalam hidup Rasya . Dikurniakan kekasih seperti Wan merupakan anugerah yang sempurna Allah telah berikan kepada Rasya . Ingin Rasya katakan , betapa kecewanya Rasya dengan keputusan Wan meninggalkan Rasya . Sangat kecewa .
      Wan , Sya tahu walau apa pun keputusan Wan , Wan pasti mempunyai alasan Wan yang tersendiri . Sya redha . Sya doakan Wan bahagia . Izinkan Sya mengutip kembali janji Wan dahulu ' Wan janji . Walauapa pun yang terjadi , Wan akan berada di sisi Sya dan sentiasa mencintai Sya '.Alangkah indahnya jika janji itu tertunai . Tapi sayang . Janji hanya tinggal janji . Tetapi , Rasya bukanlah hendak menagih janji . Sekadar mengingatkan Wan tentang janji kita dahulu.
      Wan , Biar beribu lelaki mendampingi Rasya , hanya Wan yang Rasya cintai . Rasya rindukan Wan dan saat-saat indah kita bersama . Sudah kering air mata Rasya menangisi Wan , tetapi cinta Sya buat Wan tak pernah mati . Dulu , kini dan selamanya .

     Akhir kata , jaga gitar ni elok-elok ye , sayang . Ingat Rasya . Rasya Ramadhani .

yang mencintaimu ,
Rasya Ramadhani Rosli
 
    
  Safwan melipat semula surat itu . Dia meraup mukanya . Sesungguhnya , dia rindu akan Rasya !



KADANG-KADANG KITA TAK HARGAI CINTA KITA , KENAPA ? SEBAB KITA BELUM MERASAI KEHHILANGAN DIA . KADANG-KADANG KITA RASAI CINTA DIA TAPI KITA MASIH TAK PERCAYA , KENAPA ? SEBAB KITA SELALU FIKIR NEGATIF TENTANG DIA . KADANG-KADANG KITA TAK SEDAR HATI KITA BETUL-BETUL MENCINTAI DIA , KENAPA ? SEBAB KITA TUNJUK EGO TAKNAK MENGALAH . TAPI BILA TANGAN YANG SELALU KITA GENGGAM , TERLEPAS , ATAU BERADA DI GENGGAMAN OARANG LAIN , APA PERASAAN KITA PADA MASA ITU ? HARGAI LAH ORANG YANG RELA BERKORBAN UNTUK CINTA KITA . JANGAN TERUS MENANTI JIKA ORANG YANG CINTAI KITA ITU TERUS PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA .

" THANKS FOR THE WORD, BUTANG "


                                                      I LOVE YOU , SAYANG <33