MUSIC ZONE ! ASSALAMUALAIKUM !








Friday, March 25, 2011

Mata Hatimu


Am. Kenapa Am sayang Wawa?”, tanya Hawa kepada Adam. Adam yang sedang leka mencampak beberapa cubit roti kepada kawanan angsa didalam tasik itu terdiam mendengar soalan Hawa.
Adam merenung dalam wajah lembut wanita yang dicintainya itu.Satu-satunya wanita yang bertakhta dihati lelakinya sejak 4tahun lepas. Dalam diam , dia menganalisis wajah Hawa.
Wanita ini bertudung litup dan sentiasa mengenakan pakaian yang sopan dan kelihatan manis. Hidung yang mancung, bibir yang merah merekah, senyuman itu..ah ! Senyuman yang seringkali bermain dimindanya. Pipi yang mulus, kulitnya yang licin dan cerah, alis mata yang lentik dan yang melengkapkan keindahan anugerah ciptaan Tuhan itu ialah sepasang mata redup yang sentiasa memberikan ketenangan hati kepada sesiapa yang bertentang mata dengan Hawa. Termasuk Adam sendiri.
Tetapi sayang, mata itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna seperti matanya. Hawanya itu kehilangan deria penglihatan semasa berusia 5tahun lagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, malah Hawa juga kehilangan kakak kembarnya, Hani dan ayahnya. Sekarang hanya mama Hawa, Puan Safura dan abangnya, Halim, tempat Hawa bergantung hidup dan mengadu nasib. Adam bersyukur kerana diberi peluang merasai cinta Hawa sekaligus membantu Hawa memiliki ‘mata’ bagi menjalani kehidupan
sehariannya.
            “Am? Am okey ke? Maaf kalau pertanyaan Wawa menggores hati Am.  Lupakan sajalah pertanyaan  Wawa tadi.”
             Lamunan Adam mati. Tersenyum dia mendengar tutur kata Hawa itu. Hawa sentiasa pandai menjaga hatinya . Tidak sekalipun Hawa pernah menyakiti hatinya walaupun Adam tahu yang perilakunya seringkali tidak disukai Hawa. Contohnya seperti hobi Adam iaitu berlumba kereta di trek.
            “Wawa. Am sayang Wawa sebab Am tahu yang hati Am tak pernah tipu Am. Hati Am sentiasa memberitahu Am yang Wawalah cinta pertama dan terakhir Am sejak pertama kali pandangan  kita bertaut lagi.Perasaan Am dekat Wawa sama seperti perasaan Wawa dekat Am sekarang.  Tapi, lebih sikit kot. Hehe.”, akhirnya Adam bersuara dengan penuh yakin kepada Hawa.
            Adam mencuit hidung Hawa lalu meraih lembut tangan Hawa. Hawa yang sedang tunduk memandang lantai terpana sebentar dengan perlakuan romantis Adam.
            “Tapi. Hawa tak sempurna seperti kawan perempuan Adam yang lain. Diaorang boleh bercakap dan merenung mata Am pada masa yang sama. Wawa tak boleh buat semua tu. Am tak menyesal ke pilih perempuan buta macam Wawa ni?”
            “Shhh… Apa yang Wawa cakap ni? Am tak pandang semua tu. Am pandang mata hati Wawa dan cinta Wawa kat Am. Wawa sempurna dimata Am dan Am menerima Wawa seadanya. Yang penting keikhlasan Wawa terima cinta Am dan mencintai Am. Am tahu yang Wawa sentiasa ikhlas dalam menyayangi Am. Dan, wahai sayangku.. bagi Am, sayang merupakan anugerah Allah yang sangat indah. Sentiasa manis dan cantik dimata Am. Okey?”
            Hawa sekadar diam seribu bahasa. Bicara Adam padanya  tadi merupakan sesuatu yang amat mahal dan berharga buat hati wanitanya.  Dia membayarnya dengan senyuman yang paling manis buat Adam dan ketika itu dia terasa ada air manik putih yang menempiasi pipinya. Dia  berasa sungguh terharu dan bersyukur  dikurniakan teman hidup seperti Adam. Sayangnya pada satu-satunya ‘mata’  buat dirinya itu tidak pernah berbelah bahagi dan sentiasa bertambah  dari hari ke hari.
            “Sudah sayang. Am taknak  tengok Wawa  nangis-nangis macam ni. Hilang seri wajah tu. Am sentiasa sayangkan Wawa.”
            “Terima kasih Am. Am...”
“Ya? Kenapa?”
“Hmm. Am jangan tinggalkan Wawa tau.”
“Hei. Apalah yang Wawa cakap ni? Merepek je.
“Ala.. janjilah  dengan Wawa. Am jangan tinggalkan Wawa tau!”
“Sayang.. Meninggalkan Wawa merupakan  perkara terakhir yang Adam akan lakukan bila sahaja maut menghampiri  Am. Tapi Am bukan buang terus perasaan Am dekat Wawa. Hanya jasad yang hilang, tetapi cinta dan kasih sayang Am tetap  untuk Wawa seorang. Okey ? Dahlah. Jom balik. Dah nak dekat Maghrib ni. Nanti Abang Halim marah pulak Am sebab hurung adik dia yang manis ni lama-lama.Let’s go !”, kata Adam  dengan  penuh semangat. Dia  tersenyum melihat Hawa yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan Adam. Adam sekadar ketawa kecil dan terus memimpin lembut lengan Hawa.
Hawa yang masih diam sebenarnya sedang berfikir ligat tentang kata-kata Adam tadi. Dia tidak mahu kehilangan Adam! Itu yang hatinya pasti.


            Hawa termenung meredah kegelapan malam melalui jendela wadnya itu.  Rindu resah dendam dan sayang menggeledah segenap sudut hatinya.  Adam! Rindunya pada pemilik nama itu semakin menebal dari hari ke hari. Hanya foto kaku Adam yang menjadi penawar rindu dan penguat bagi dirinya untuk menjalani  hari-hari seterusnya dengan penuh semangat.
            Adam menghilang sejak seminggu. Dia tidak tahu kemana dan mengapa dia tidak menerima walaupun satu berita tentang Adam. Setiap kali soalan perihal Adam  dilontarkan kepada Abang Halim, Hawa hanya menerima gelengan kepala atau henjutan kecil bahu Abang Halim. Persoalan demi persoalan silih berganti memenuhi lautan fikirannya. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga Adam menghilang tanpa khabar berita. Padahal, ingin sahaja dia memeluk Adam sebaik sahaja Abang Halim memberitahunya bahawa sudah ada yang sudi menderma organ penglihatan kepadanya. Siapa, mengapa dan dimana penderma itu, Hawa  tidak diberitahu. Namun  begitu, Hawa tetap memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dibenarkan untuk  melihat  dunia  kembali. Tetapi, Adam tiada untuk dirinya ketika ini. Ingin sekali  dia melihat dan merenung sepuasnya wajah lelaki itu sepanjang hidupnya. Kerana dia  sudah boleh  melihat! Melihat segalanya  dan  memahami segalanya.
            ‘Oh, Adam! Am kat mana? Wawa rindu’, keluh hati kecil Wawa. Sekali lagi, kenangan manisnya bersama Adam mengetuk kotak fikirannya. Dia terus tersenyum dalam kepiluan.
            Pintu yang terkuak mematikan lamuanannya. Seorang jururawat yang manis melangkah masuk bersama-sama sedulang makanan dan  himpunan ubat-ubatan. Hawa sekadar melemparkan senyuman hambar bagi membalas senyuman manis jururawat itu. Langkahnya longlai menghala kearah katil wadnya. Jururawat itu meletakkan dulang itu di  atas stroller pesakit yang disediakan oleh pihak hospital.
            Hawa sekadar merenung kosong makanan di atas stroller di hadapannya itu. Seleranya benar-benar mati dan tekaknya tiba-tiba berasa pahit untuk  menelan semua makanan itu. Dia sekadar meneguk air suam dan menelan ubat mengikut dos yang diberikan.
            “Cik  Hawa. Cik kena makan banyak supaya ada tenaga, biar badan tidak lemah. Kesan  pembedahan masih ada. Cik Hawa kena biasakan diri dengan  mata baru Cik Hawa tu. InsyaALLAH, semuanya akan kembali seperti normal,” kata jururawat  itu.
            Hawa hanya mengangguk kecil untuk mengiyakan  penyataan itu. Sedangkan baginya, mata ini tidak  bermakna jikalau wajah Adam tetap tidak dapat dilihatnya sehingga kini.
            Hawa melepaskan keluhan berat lalu meletakkan gambar Adam disisinya. Perlahan-lahan dia mencapai sudu ditepi dulang makanan itu dan mencedok bubur nasi di hadapannya. Sesuap, dua suap, dan seterusnya.. Tiba-tiba suapannya terhenti tatkala dia terpandang mata  jururawat tadi yang tidak lepas merenung gambar  Adam. Hawa yang kehairanan dengan tingkahlaku jururawat itu, cuba bertanya.
            “Kenapa, nurse?”
            “Err. Maaf. Itu gambar Encik Ahmad Adam Hasqi bukan?”
            Hawa terpana  sebentar. Bagaimana  jururawat ini boleh tahu nama penuh Adam? Kenalkah dia dengan Adam? Mungkinkah dia boleh membawanya kepada Adam? Kenalan universitinya mungkin.
            Hawa tersenyum lebar. Dia terus  mencapai gambar itu dan memandang jururawat  itu dengan pandangan yang penuh mengharap.
            “Ya saya.  Ini memang gambar Adam, kawan saya. Nurse kenal ke?”
            “Tidaklah begitu  kenal. Sudah tentu keluarga dan Cik Hawa sendiri yang lebih  mengenalinya bukan? Lagipun, Encik Adam sudah banyak berkorban untuk kebahagiaan Cik  Hawa.”
            Lembut suara itu menerpa gegendang telinga Hawa yang masih samar-samar dengan  maksud kata-kata  jururawat itu. Pengorbanan? Apakah maksud …
            ‘Tok! Tok!’
            Ketukan keras pada pintu wad Hawa memecahkan hawa kesunyian di dalam wad bernombor 156  itu. Pintu wad terus dikuak. Halim melangkah masuk bersama-sama Puan Safura. Tangan Puan Safura penuh dengan sebakul buah-buahan dan senyuman menghiasi wajah ceria mereka.
            “Mama! Abang!”, jerit Hawa. Kehadiran dua anggota keluarganya itu benar-benar membuatkan hatinya berbunga. Lenyap sebentar gambaran Adam.
            Hawa menyalam mama dan abangnya itu. Pantas dia memeluk erat mamanya. Senyuman tidak henti-henti  menghiasi wajahnya.
            “Rindunya dekat mama! Abang! Hehe. Selalulah datang sini. Wawa bosanlah duduk sini sorang-sorang. Asyik-asyik kena manghadap ubat dan siling hospital  je.”
            “Amboi! Mengadanya budak ni. Abang dengan mama kerjalah. Lepas maghrib baru boleh datang sini. Wawa sihat?”, tanya  Abang Halim. Dia mengusap lembut kepala adik  kesayangannya itu.
            “Yela. Hmm,bolehlah. Cuma tak tersanggup nak menelan ubat-ubat ni. Pahit  bebenor!”, luah Hawa. Suaranya sengaja dimanjakan.
            “Hish! Orang nak bagi dia baik, dia merungut pula. Nurse, lepas ni kalau si Wawa ni  refuse nak makan ubat, nurse sumbat je dalam mulut dia time dia tengah melentok  malam-malam. Confirm dia sihat lepas tu,” gurau Halim kepada jururawat itu. Ketawa Puan Safura dan Halim lepas melihatkan  muncung Hawa.
            “Eh,abang! Baru Wawa ingat. Tadi kakak nurse ni kan, dia pandang lama gambar Adam. Rupa-rupanya dia kenal Adam. Cuba abang tanya dia.Mana tahu kita boleh  jumpa Adam”, ucap Hawa.
            Halim terdiam dengan kata-kata Hawa. Ketawanya mati. Dia dan Puan Safura saling berpandangan. Hawa terperasan dengan perubahan muka dua figura di  hadapannya itu. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya.
            “Abang? Mama? Wawa tanya ni.”
            “Err. Okey, Okey. Nanti Abang tanya. Mama, mama hidangkanlah  makanan untuk si Wawa ni. Halim nak jumpa doktor kejap. Nurse, boleh tolong tunjukkan saya bilik doktor?”, kata Halim.
            Jururawat itu sekadar mengangguk dan membuntuti langkah Halim. Hawa yang sedang leka melayan pertanyaan Puan Safura sekadar mengangkat  bahu melihat perubahan mendadak Halim. Puan Safura memrenung simpati wajah ceria Hawa.
            ‘Oh, Tuhan! Bagaimana harusku sampaikan kebenaran  kepada anakku ini? Kebenaran ini sudah tentu akan mematikan senyuman itu. Mama minta maaf ye, Wawa..” , Puan Safura berkata-kata di dalam hati kecilnya.
            Biarlah Hawa ketawa sepuas-puasnya dahulu!


“Hawa taknak keluar wad selagi Abang Halim dengan mama tak bagitahu Wawa apa sebenarnya yang dah jadi dekat Adam selama ni!” Jeritan Hawa memenuhi segenap ruangan bilik wad itu. Jururawat  dan doktor turut terkejut dengan jeritan itu.
Puan Safura dan Halim mati kutu untuk mejawab soalan Hawa. Mereka sudah mengagak bahawa hari ini pasti akan  tiba. Hari dimana kebenaran pasti akan terserlah jua dan mereka pasti kebenaran itu akan membunuh segala perasaan indah yang ada dalam diri Hawa. Setelah hampir sebulan mereka menyimpan kemas rahsia itu, sudah tiba masanya mereka menyampaikan berita pedih ini kepada Hawa.
Halim melepaskan keluhan berat. Dia kasihan melihat airmata kecewa adiknya itu. Dia memandang Puan Safura meminta kebenaran.Seperti mengerti permintaan anak lelakinya itu, Puan Safura mengangguk lemah.
“Doktor Faris dan Cik Mala. Saya minta doktor dan cik keluar sebentar. Kami hendak bercakap dengan Hawa mengenai Adam.”
Doktor Faris dan Cik Mala tersenyum kecil dan berlalu keluar daripada wad itu. Setelah  mereka lenyap daripada pandangan Halim, dia memandang semula Hawa yang berada di tepi jendela wad. Cuaca  mendung di luar sana  seperti mengerti keadaan keruh yang sedang dialami di dalam ruang  kecil ini.
“Abang nak Wawa tahu yang walau apa pun tindakan arwah Adam, dia  sentiasa dan selalu mencintai Wawa sehingga akhir hayatnya.”
Hawa tersentak dan dia terasa ada debar yang menghenyak dadanya  tatkala perkataan ‘arwah’ dituturkan oleh abangnya.  Pantas dia berpusing memandang Halim. Pandangannya penuh dengan kebingungan dan benang kerisauan mula membelit kalbunya.
“Apa abang kata? Arwah? Apa yang abang cakap ni? Mama?”
Air matanya ditekan sekuat hati agar tidak berterabur di pipi mulusnya. Degupan jantungnya mula berdetak hebat sementara menunggu Halim  menyambung  bicaranya.
            “Ya,Wawa. Arwah Adam. Adam dah meninggal dunia sebulan yang lalu. Seminggu sebelum pembedahan Hawa.”
            Bagaikan ada  petir  yang menyentap hulu hatinya,  Hawa terduduk  di atas katilnya. Matanya tidak lepas memandang wajah abangnya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru  didengarinya. Adam dah meninggal? Hawa cuba menyusun dan mencari makna ayat itu. Dia seperti kebingungan dan dunianya seperti terhenti dan pandangannya gelap seketika. ‘Adam dah tinggalkan aku? Tak mungkin! Tak mungkin! Dusta semuanya!’, batin  Hawa  menjerit kuat.
            “Wawa dengar betul-betul apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya, semingu sebelum pembedahan Wawa, Adam mengalami kemalangan di trek semasa berlumba. Kecederaanya teruk dan dia lumpuh separuh badan. Dia juga kehilangan tangan kirinya kerana terpaksa dipotong. Peluang untuk dirinya sembuh sangat tipis dan doktor  sekadar mampu memberikan ubat penahan sakit. Setelah dua hari koma, Adam tersedar tetapi dia dalam keadaan yang  sangat nazak. Abang sempat berjumpa dengannya lepas dihubungi oleh  mama Adam. Arwah nak berjumpa dengan abang buat kali terakhir. Masa  abang lihat dia, keadaannya memang kritikal dan nazak. Permintaan terakhirnya yang sempat disampaikan  kepada abang, arwah nak  mendermakan matanya kepada Wawa. Arwah nak Wawa terus hidup bahagia bila dia dah takde nanti dan dia mintak abang rahsiakan  kematiannya dan permintaanya  itu  daripada Wawa sampai Wawa betul-betul  bersedia dengan kebenaran ni.  Abang dan mama menghormati permintaan arwah dan abang rasa Wawa dah cukup bersedia untuk  kebenaran ni sekarang. Abang dengan mama minta maaf sangat dekat Wawa sebab merahsiakan hal ni kepada Wawa.”
            Darah bagai tidak melewati wajah Hawa tatkala pengakuan Halim jelas menerjah gegendang telinganya. Kakinya seakan-akan terkunci di dada bumi dan hatinya gugur bagaikan seroja yang gugur di pusara. Putus semangatnya sekejap. Perlahan-lahan air matanya berleretan dari lubuk kesedihan  yang dari tadi ditahannya. Dia menangis semahu-mahunya sambil melekapkan foto Adam di dadanya. Nafasnya turun naik  menahan kasakitan hatinya yang teramat.
            Puan Safura berlalu keluar dari wad itu kerana dia tidak sanggup melihat airmata derita anak perempuannya yang masih mentah itu.
            “Mama arwah ada berikan barangan peribadi arwah kepada abang untuk diserahkan kepada Wawa sebab dia rasakan yang Wawa lagi memerlukan daripada dia. Dan..  Ini ada bungkusan yang kata kawan kepada arwah, sangat penting untuk Wawa. Abang harap Wawa sabar menerima berita ni.Jangan sesekali putus asa dan mensia-siakan  peluang yang ALLAH berikan kepada Wawa untuk terus hidup  dan juga mata yang diberikan oleh Adam tu.”
Halim  sekadar menepuk lemah bahu Hawa dan mengorak langkah menuju pintu wad. Dia pasti yang adiknya itu tentu memerlukan masa untuk bersendirian sekarang.  Dia cuma berdoa agar Hawa tidak berputus asa dan terus menghargai kehidupan yang masih diberikan kepadanya sehingga sekarang.
Hawa merenung kotak berukuran sederhana berwarna ungu yang ada di sebelahnya itu. Berat hatinya untuk  melihat isi kotak itu kerana dia tahu walau apapun yang ada di dalam kotak itu, ianya tentu akan mengembalikan ingatannya kepada Adam.
Hawa  merenung kosong kandungan kotak tersebut. Airmatanya gugur lagi disaat anak matanya tertancap kepada sebuah bingkai gambar yang menempatkan gambarnya bersama Adam semasa Hari Raya Aidilfitri 2 tahun  lepas. Tangannya kemas berada di dalam genggaman Adam  yang segak mengenakan baju melayu berwarna ungu sedondon dengannya. Hawa meletak  tepi bingkai gambar itu dan meneruskan tugasnya melihat segala kandungan  kotak itu.
Sehelai sapu tangan kain sutera yang  pada hujungnya terdapat sulaman coretan kecil. Hawa meneliti bait coretan tersebut yang kelihatan sangat  kemas dan cantik. ‘Adam buat Hawa’. Hawa tersenyum membaca bait itu. Dompet Adam yang juga terdapat gambarnya, anak patung beruang kecil  yang sempat Hawa hadiahkan kepada Adam pada hari jadinya tahun lepas, sehelai selendang yang cantik yang namanya turut dijahit kemas, sebentuk  cincin Adam yang juga diberikan kepadanya pada ulangtahun keempat hubungan mereka,dan juga sebuah album besar yang menempatkan foto mereka berdua sebanyak mungkin. Sedikit sebanyak, barangan-barangan ini  dapat menyembuhkan luka hatinya walaupun senyuman masih sukar diukir pada wajahnya.
Hawa beralih pula kepada bungkusan kecil berwarna merah jambu itu. Perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas pembalutnya dan dia terpana sebentar saat melihat sebuah kotak berkain baldu merah kemas berada di dalam genggamannya. Dia melihat seutas rantai emas putih yang terukir kemas coretan ‘AdamHawa’ .  Dia berasa sungguh terharu! Cantik sekali rantai ini. Pandangannya sekali lagi tertangkap  oleh  sekeping kad kecil yang terselit di dalam  kotak  itu. Perlahan-lahan dia membuka dan membaca kad  itu.
            ‘Khas dan istimewa buat permaisuri hatiku yang disayangi, Ansyifah Hawati pada ulang tahunnya yang ke-24. Happy Birthday, sayang!
                                                Your love ,
                                           Ahmad Adam Hasqi.
- Cerita yang menyentuh dua jiwa, lahir daripada sanubari yang ikhlas. Jika tidak  kepadamu, kepada siapa lagi harusku nyatakan kerinduan aku kepada bidadari ini,  wahai bulan?-’

            Hawa menangis lagi. Dia sangat rindukan Adam !
“Kenapa Am tinggalkan Wawa ?? Kenapa, Am ?!”, Jeritan kecewa Hawa bergema lagi. Dan hujan turun membasahi bumi seperti jua airmata Hawa menghujani dirinya yang sedang dalam kepiluan.


            “Assalamualaikum, Cikgu Ansyifah ?”.
            Hawa mengangkat kepalanya tatkala namanya disebut oleh seseorang. Dia tersenyum.
            “Ya, saya. Boleh saya bantu encik ?”
            “Maafkan saya ya. Saya nak hantar adik saya ni ke kelas Tingkatan 5 Ikhlas. Boleh Cikgu tunjukkan dimana kelas ni?”
            “Oh,kebetulan. Saya guru tingkatan kelas ni. Bolehlah saya bawakan, Encik…”
            “Adam. Panggil saya Adam.”
Hawa terkesima. Adam…Nama yang sangat dirinduinya.
            “Cikgu? Cikgu tak apa-apa?”
            “Oh,  maaf. Saya tak apa-apa. Just call me Hawa for short. Better.”
            “Hawa. Our name seem something. God sends us here to meet.You think so?”, Adam bergurau dengan wanita pendidik dihadapannya itu. Ketawa Hawa lepas menyerlahkan kemanisan wajahnya. Buat seketika, Adam terpaku melihat Hawa.
            “Emm. Maybe. For good, for sure”, jawab Hawa setelah tawanya reda.
            “So, shall we?”
            Hawa mengangguk dan melangkah menuju ke kelas Tingkatan 5 Ikhlas dan diikuti oleh Adam dan adiknya. Dalam diam, Adam menyatakan hasrat  hatinya. Dan  kisah ini bermula  sekali lagi ….





           

No comments:

Post a Comment