PERSIS PERMAINAN
By : ZTF
Sayang ,
manis sungguh saat itu ,
Saat kau melafazkan akadmu ,
Saat bibirmu mengucup lembut dahiku
Dan tanganmu kucium penuh syahdu .
Segalanya indah tika kau menjadikan aku suri hidupmu .
Oh Tuhan .. !
Baruku tahu ..
Manisnya mahligai kaca ini hanya permulaanya sahaja ,
Tangisan bertukar menjadi peneman tidurku ,
Lantai bertukar menjadi alas tidurku ,
Apa salahku wahai suamiku ?
Bukannya belaian suami yang sentiasa ku harapkan .
Sekadar dihargai kerana melengkapi hidup lelakimu ,
Senyuman ikhlasmu sentiasa kurindui ,
Bicara sang pemimpin sentiasa inginku dengari ,
Bukankah suami itu
Pelindung isterinya ?
Pembimbing isterinya ?
Ketua rumahtangga ?
Pemutus segala keputusan ?
Dimana semua tuntutan itu ?
Pulanglah sayang …
Hiasi semula mahligai ini ,
Warnai semula , tegaskan semula ,
Sesungguhnya
syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki suaminya
No comments:
Post a Comment